Nak ingatkan kat semua pengunjung yang sudi blogwalking kat sini tolong tekan tajuk kat dalam entry ni dulu.. ok?kalau tak, dia tak loading normal.. Thanks.. ^^
Assalamualaikum ^^ Thanks sudi singgah.. jangan lupa tinggalkan jejak kat chatbox senang see^^ ada masa Mayra singgah your's blog.. ok? ^^

Jumaat, 9 Januari 2015

#1Wordless.....[Dimana-Dia dalam 'hati' kita]




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatu^^
Allahumma Sollia'la Saiyidina Muhammad Waa'la Alisaiyidina Muhammad





Dimana kita 'kau dan aku' letak -Dia dalam hati 'kita'?!

Berfikir sejenak..
Where.. and when kita ingat dia.
just waktu malam 
or just waktu subuh..
or just 
Bulan Ramadhan?

Dimana jawapannya?
hanya hati anda boleh menjawabnya..

Tanya hati .. 
Tanya iman.......



Khamis, 8 Januari 2015

Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatu ^^
Allahuma Solliala Saiyidina Muhammad ,Waa'la Alihiwasohbihi Wassallam 


Comp 6_00007


Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.
Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.
Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.
Ini melemahkan.
Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.

Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.


Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.
Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.
Ini melemahkan.

Memahalkan Diri.




Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.
Berapa banyak buku telah kita telaah?
Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini cakna isu semasa?
Pandaikah kita menguruskan wang?
Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”
Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.
Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.


Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.
Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!
Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.
Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.
Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.
Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.
Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.
Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.
Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.
Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.
Marilah, mahalkan diri kita.
Jadilah hambaNya yang berguna.

sumber _   Langit Ilahi 

Jumaat, 2 Januari 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarokatu 
and 
Allahuma Sollia'la Saiyidina Muhammad Waa'la Alisaiyidina Muhammad ^^

What about  today?

3 Jan 2015 M equally 12 Rabiul Awal 1436 H 


Semua dah al maklum bahawa hari ini
Hari kelahiran Nabi kita!
Siapa?
Of Courselah 

     NABI MUHHAMMAD S.A.W     


Demi menyambut hari ini.. saya ingin mencoret 
ilmu yang di amanah kan kepada saya untuk 
anda semua.. 



Kepimpinan Rasulullah di Madinah
Persaudaraan Antara Muhajirin Dan Ansar
First korang perlu tahu 'Siapa Muhajirin' dan 'Siapa Ansar'
Golongan Muhajirin ialah
 Pengikut Rasullulah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Mekah .
Golongan Ansar ialah
Penduduk asal Madinah yang telah memeluk agama Islam terdiri dari kaum Aus dan Kazraj.
Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan mereka dengan sistem 'saudara angkat'
[bijaknya Rasullulah]^^
bermaksud setiap orang Muhajirin akan mempunyai saudara angkat daripada golongan Ansar

Kalau korang semua nak tahu melalui sistem saudara angkat terjadilah sebuah
hubungan kasih - sayang dan persaudaraan yang sangat mendalam antara mereka,
macam saudara kandung sendiri
[bestnya !]^^

Melalui hubungan kasih - sayang , bekerjasama, tolong - menolong, bersatu padu dan bantu membantu atas dasar Akidah Islam yang satu.

Kedua - dua kaum ini telah banyak membuat pengorbanan
demi agama yang Mulia ni..




Pengorbanan Muhajirin
*Meninggalkan keluarga, harta, dan tanah air { Mekah ) demi menyahut seruan hijrah.
*Bergadai nyawa dan mengharungi pelbagai penderitaan semasa dalam perjalanan hijrah .
*Menghadapi kesusahan dan keperitan untuk memulakan kehidupan baru di Mekah.
Pengorbanan Ansar
*Menghulurkan bantuan harta , tenaga, dan tempat tinggal kepada Muhajirin.
*Menawarkan isteri dan anak untuk dikahwini.
*Membari perlindungi kepada Muhajirin.
*Sama - sama berjuang untuk mempertahankan Islam.



Okey sahabat semua Mayra off dulu.
Semoga kita melakukan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat hari ini dan kemudian 

Assalamualaikum .. ^^

Ahad, 21 Disember 2014

KitA Usaha ALLAH bagi..

Assalamualaikum Warahhmatullahhiwabarokatu..

Allahumma Sollia'la Saiyidia Muhammad Waa'la alihi Wasohbihi Wassalam..


Apa KhAbar semua?
Sihat?
Alhamdulillah..^^

Mayra ? Sihat?

Alhamdulillah^^ Masih diberi nikmat.. masih diberi peluang untuk menghadapnya 
saban waktu, saban hari... ^^

Apa kena mengena hari ni dengan tajuk 'Kita Usaha Allah bagi'?

Nak tahu?
Tak nak bagitahu! :P

Macam apa jer.. [hehe]




Cer semak kalender Cik Kak, Cik Adik manis.. 0_0

22.12.14
P_3 


Kita punya keputusan....................... 
NAk tahu?
x boleh tahu semua.. ^^

Kita bagi klu jer..
Alhamdulillah lulus! Syukur! AllahuAkbar.! Allah Maha Besar..


Mayra sedih T________________________T T_T
Sedih sikit jer :P 

pastu abang cakap ..





" Apa yang kita usaha , itu yang Allah bagi.. Allah bagi setimpal dengan usaha kita ."


pastu dia sambung lagi 

"Kalau kita kata 
'susah laa abang jangan nak sama kan result saya ngan abang  ! 
Saya PT3.. Abangkan PMR..!' 
Kalau org lain boleh jawab dengan baik.. siap dapat straight A.
Asal kau tak boleh?
Allah bagi IQ sama pandai !"






Then aku pun muhasabah diri aku balik..
Ada betul jugak apa yang abang aku kata.. 

Pastu?
x nak citer rahsia :P ^^


The Moral of the story..
Jangan salahkan takdir.. jangan menunding jari kesana kesitu..!
Sebenarnya ianya berbalik pada kita. 


# Take a note 

Wallahua'lam..





Ahad, 14 Disember 2014

Simple Giveaway by MISSEZZATIE

Assalamualaikum everyone! 
Today I'm join giveaway lagi........
korang join lah jugak!



Sabtu, 13 Disember 2014

MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH



"Saya nak hadiah......

hadiah apa -apa jer..
Novel ke,
Tudung ke,
Al -quran comel ke,
top up ke,
key chain ke,
Kerepek bungkus pun boleh.... !
heheehe 

asalkan sis ikhlas ... :')   "

Jumaat, 12 Disember 2014

[Giveaway] Hello from Canada

Assalamualaikum.. Mayra join Giveaway lagi!
Jom join!


Hello from Canada



Hadiah Giveaway...







Jawab satu soalan mudah dalam post [Giveaway] Hello From Canada awak
Apakah URL blog Doodles of Life?

Jawapannya : 
http://herlifemanual007.blogspot.com/



Chrome Pointer